MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Televisyen

Zarif Ghazzi Bikin Ramai 'Terabbas-Babas' Dengan Watak Abbas Dalam Kudrat: 1968

Uish, siapa je yang tak kenal Zarif Ghazzi sekarang ni? Penangan drama bersiri Kudrat: 1968 nampaknya dah mencetuskan ‘demam’ baru dalam kalangan peminat tempatan, sampai nama pelakon muda ni jadi sebutan hangat kat media sosial.

Memang power betul watak Abbas yang Zarif Ghazzi bawak! Dengan penuh emosi, renungan mata tajam, dan aura maskulin dia yang lain macam, tak hairanlah kalau ramai penonton yang ‘terabbas-babas’ dan terus jatuh hati.

Ramai yang setuju, Zarif ni bukan setakat ada rupa paras kacak je tau. Tapi mutu lakonan yang mantap dan penghayatan jiwa yang dalam tu yang buat dia berjaya tarik minat ramai orang.

Sekarang ni, Zarif dah jadi antara pelakon muda yang paling digilai ramai. Cuba tengok setiap hantaran dia kat media sosial, mesti dibanjiri dengan komen daripada peminat wanita.

Kata netizen, “Aura Abbas memang lain macam, renungan tajam dia boleh bikin cair.” Ada lagi yang puji, “Masya-Allah kacaknya, ramai sudah ‘terabbas-babas’ sebab Abbas dalam Kudrat.” Memang lain macam betul penangan Zarif Ghazzi ni, kan? Korang pun dah ‘terabbas-babas’ ke belum?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video