Drama Suamiku Anak Mak: Konon Cinta, Rupanya “Anak Mak” Sebenar!

Bersedia untuk menguji kesabaran korang? Drama yang diadaptasi dari novel popular Hash Aulia, ‘Suamiku Anak Mak’, dah sedia untuk buat kita terpaku depan TV. Drama ni akan mula menemui penonton menerusi slot MegaDrama Astro Ria dan aplikasi sooka, bermula 26 Oktober lepas, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Jaga-jaga, drama ni confirm akan buat korang rasa nak baling remote!
Drama terbitan Suhan Movies & Trading ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif, dan menampilkan barisan pelakon yang tak asing lagi. Ada Emma Maembong sebagai Zaraa, Keith Foo sebagai Haris, dan yang paling penting, Dian P. Ramlee sebagai Mak Leha si ‘mak’ yang penting sangat dalam hidup Haris. Izzue Islam pun ada juga tau, sebagai Ashraf.
Kisahnya bermula dengan Zaraa (Emma Maembong) yang kahwin dengan Haris (Keith Foo) sebab cinta sejati dan impian nak ada keluarga bahagia. Tapi, mimpi indah tu bertukar jadi mimpi ngeri bila Zaraa sedar suaminya tu memang betul-betul “anak mak”. Mana taknya, semua benda Mak Leha nak campur tangan, siap Haris selalu utamakan mak dia lebih dari isteri sendiri. Aduhai, Haris, Haris!
Konflik makin parah bila Haris tak pandai nak bahagikan kasih sayang dan tanggungjawab antara mak dan isteri. Lepas tu, ada pula syarat untuk mereka tinggal sebumbung dengan mak mentua. Cuba bayangkan, dah la suami ‘anak mak’, kena pulak duduk sekali. Mau tak berasap kepala Zaraa tu? Bila pengorbanan Zaraa tak dihargai, dia terpaksa buat pilihan besar sama ada nak teruskan cinta atau jaga maruah sendiri. Fuh, berat ni!
Total ada 24 episod yang akan buat kita berdebar setiap minggu. Lagu tema drama ini pula, “Selesa” nyanyian Hael Husaini. Harap-harap lagu tu tak buat kita makin tak selesa dengan kerenah Mak Leha dan Haris nanti. Korang rasa Zaraa patut terus bertahan ke angkat kaki je?
