MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Televisyen

Jawapan kurang bijak Boy Hamzah dikecam lagi

Pempengaruh Indonesia, Boy Hamzah, kini dihujani kecaman bertubi-tubi lagi, kali ini selepas tampil membela diri tentang isu perkelahiannya dengan netizen Malaysia baru-baru ini.

Kenyataannya dalam sebuah rancangan televisyen Indonesia nampaknya memakan diri sendiri. Hujah Boy Hamzah Notonegoro disifatkan oleh netizen sebagai tidak menjawab soalan dan lebih kepada mahu memenangkan diri sendiri sahaja.

Seorang netizen menyindir, “kamu nak kaitkan isu ini Malaysia biarlah berdasarkan fakta. Ini tidak, bila ditanya, tak jawab soalan.” Seorang lagi netizen turut membandingkan rancangan itu dengan wawancara di Malaysia yang lebih membincangkan hal ekonomi negara dan masalah masyarakat. Pergh, pedas!

Sebelum ini, Boy Hamzah yang diundang dalam rancangan Pagi-Pagi Ambyar itu mendakwa beberapa selebriti dan orang kenamaan telah menjadi sasaran pergaduhan antara segelintir rakyat Malaysia dan Indonesia. Dakwanya lagi, insiden itu bermula dari sentimen nasionalisme yang terguris apabila muncul seorang guru yang merendah-rendahkan bendera Indonesia.

Walaupun Boy Hamzah tu kena kecam teruk, netizen tetap puji pengacara, Dewi Persik dan Rian Ibram, sebab bersikap profesional dan bijak sangat dalam mengendalikan program tersebut.

Agak-agak lepas ni Boy Hamzah nak buat apa pulak untuk pertahankan diri?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video