Wonpil Day6 Tambah Koleksi Hartanah: Beli Kondo Mewah RM18 Juta Tunai! Fuhh!

Kecoh habis bila penyanyi Wonpil, anggota kumpulan Day6, dilaporkan dah beli sebuah kondominium mewah berhadapan Sungai Han di Yongsan, Seoul, Korea Selatan. Bukan calang-calang harga, geng – 5.59 bilion won, atau lebih kurang RM18 juta! Gila ahh.
Tapi, harga tu tak buat kita terkejut sangat, yelah, nama pun selebriti Korea kan. Yang betul-betul buat mata terbeliak adalah cara pembayaran dia. Sumber cakap, Wonpil atau nama penuhnya Kim Won Pil ni, beli kediaman tu secara tunai! Tak ada langsung guna pinjaman bank ke, gadaian ke. Memang kaya bebenor ni.
Macam mana kita tahu dia bayar cash? Haa, senang je sebenarnya nak cek hal ni. Rekod hartanah yang ada kat sana tak tunjuk sebarang pendaftaran gadaian atau pinjaman perumahan atas nama penyanyi tu. Kalau ada buat loan, mesti akan ada rekod dia, tapi rekod tu tak nampak pun.
Unit seluas 165.73 meter persegi di kondominium Raemian Caelitus tu, Wonpil difahamkan dah tandatangani perjanjian pembelian pada 29 Julai lalu. Kemudian, dia pun dah lunaskan semua bayaran sebelum proses pemindahan hak milik hartanah selesai pada 2 November 2026. Cepat betul settle semua benda.
Dengan pembelian terbaharu ni, Wonpil sekarang dah memiliki dua hartanah di Seoul. Fuhh, power! Tapi, butiran pasal kediaman dia yang terdahulu tak pulak dinyatakan. Kondo Raemian Caelitus ni memang famous dengan pemandangan Sungai Han yang cantik. Tak hairanlah kenapa ramai selebriti Korea lain pun pilih duduk situ. Antara jiran-jiran Wonpil yang terkenal termasuklah penyanyi Zico dan Crush, pelakon Yoo In Na, serta pasangan pelakon Yoo Ji Tae dan Kim Hyo Jin. Mantap kan?
Pemilik asal unit tu pula adalah Park Ji Woon, bekas model yang kini dah jadi usahawan. Memang port orang-orang high-class je ni. Kita ni nak beli rumah teres pun kena ikat perut bertahun, dia pulak beli kondo RM18 juta cash. Jom lah kita tukar kerjaya jadi K-Idol!
