Ozlynn bongkar perangai sebenar Elisya Sandha, patutlah semua sayang!

Kalau kita tengok Elisya Sandha ni, memang nampak dia seorang yang penyayang dan murah hati, kan? Tapi adakah itu cuma on-screen? Haa, menurut pelakon Ozlynn, perangai baik Elisya tu memang seratus peratus ikhlas dan bukan buat-buat!
Melalui perkongsian di Threads, Ozlynn memang puji melambung rakannya itu. Katanya, sikap penyayang Elisya terutamanya pada kanak-kanak, bukan sekadar lakonan semata-mata. “Mummy @elisyasandhaofficial bukan berlakon tau. Dia memang sayang budak-budak dan dia sangat jujur dalam rasa sayang,” tulis Ozlynn.
Fuh, rare tau nak jumpa orang yang ikhlas macam ni! Ozlynn siap tambah lagi yang Elisya ni jenis yang buat semua orang selesa dengan dia. Tak cukup dengan tu, "Dia jugak suka bersedekah," tambah Ozlynn.
Sikap pemurah Elisya ni bukan setakat dekat depan mata je. Ozlynn sendiri pernah ternampak rumah anak yatim memaklumkan bahawa budak-budak itu mahu makan KGF dan Elisya membelikannya. Amboi, siap tunaikan hajat anak-anak yatim lagi! Memang power lah Mummy Elisya ni!
Bukan itu saja, dekat set penggambaran pun Elisya ni memang rajin belanja kru, tak kira lah siapa pun, termasuklah Cherdiq dan Bunga. Memang perangai Elisya ni lain macam, buat semua orang sayang.
Dalam pada kita baca kisah baik Elisya ni, korang pun boleh tengok keserasian Ozlynn dan Elisya dalam program Travel Anak Beranak musim kedua. Jangan lupa tengok tau, bermula setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611). Boleh la tengok betul ke Elisya ni sayang budak-budak macam Ozlynn cakap? Korang rasa?
