Watak Abbas ‘Meletup’, Zarif Ghazzi Tak Sangka Impak KUDRAT 1968 Bikin Kecoh!

Pelakon Zarif Ghazzi memang tak sangka watak Abbas yang dia bawak dalam siri KUDRAT 1968: High Council boleh jadi fenomena sampai nama dia mula dikenali ramai. Siap kata, ini bukan lagi Zarif, tapi Abbas yang orang akan ingat, sampai 10 tahun akan datang pun!
Zarif, yang nama penuhnya Zarif Farahi Effie Ghazzi, cakap dia bersyukur sangat bila lakonan dia dalam siri tu berjaya penuhi ekspektasi penonton. “Alhamdulillah saya bersyukur apabila saya capai ekspektasi menerusi lakonan dalam siri Kudrat ini,” katanya. Dia tak nafikan rasa takut tu ada, tapi dia tukarkan rasa takut tu jadi tanggungjawab untuk buat yang terbaik.
Dia mengaku memang tak jangka impak watak Abbas tu sebesar ni, padahal baru empat episod siri tu ditayangkan. Bagi Zarif, bila orang lebih ingat watak daripada nama sebenar pelakon, itu sebenarnya satu “pencapaian” besar. Maknanya, lakonan dia memang sampai kepada penonton.
Walaupun dah makin dikenali, Zarif tak naklah rilek sangat. Dia anggap perjalanan sebagai pelakon masih jauh lagi dan banyak lagi benda nak kena belajar untuk upgrade mutu lakonan. Dia tekankan yang rasa takut tu bagus sebab ia bagi ruang untuk terus belajar, dan mengaku dirinya belum cukup sempurna, handal atau legend. Dia janji akan terus berdoa dan berusaha supaya kerjaya dia tak bergantung sepenuhnya dekat siri KUDRAT 1968 je.
Dalam masa yang sama, Zarif tak lupa nak ucap terima kasih dekat peminat-peminat yang sentiasa bagi sokongan. Dia bersyukur sangat, penat lelah dia berlakon tiga tahun ni akhirnya dapat perhatian ramai, dan berterima kasih kepada penyokong serta tenaga produksi.
Untuk yang tak tahu, KUDRAT 1968: High Council ni sebenarnya prekuel kepada siri Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024). Ia cerita pasal macam mana sistem hierarki rahsia antara pelajar tu bermula. Filem KUDRAT 1968: High Council pulak dah mula tayang dekat pawagam seluruh negara hari ini, 29 Oktober.
So, korang dah tengok ke belum KUDRAT 1968 ni? Ke dah start panggil Zarif dengan nama Abbas jugak?
