MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Selebriti

“Abaikan Pembenci”, Pesan Sophia Albarakbah Buat Siti Khadijah Halim

Pelakon Sophia Albarakbah ada pesanan padu buat rakannya, Siti Khadijah Halim yang kini sering dihujani kecaman. Kata Sophia, sudah lumrah bagi seorang artis untuk orang bercakap fasal mereka, sama ada baik atau pun tak baik, jadi abaikan saja pembenci.

Siti Khadijah sebelum ini dikaitkan dengan beberapa isu panas, termasuklah gosip kononnya terlalu rapat dengan pelakon Amir Ahnaf. Dia juga pernah dituduh sombong. Sophia menasihati Siti agar janganlah membaca komen-komen negatif di media sosial, sebaliknya fokus saja pada kerjaya.

“Dia ada juga mesej saya, sekarang dia di Jepun. Saya ada titip pesanan agar jangan baca komen. Sekarang ini, dia cuma perlu fokus pada kerja dia saja,” kongsi Sophia pada 27 Oktober lalu, sewaktu majlis pelancaran drama Viu Original, Dendam Bayangan.

Sophia sendiri faham sangat apa yang Siti rasa sebab dia pun pernah berada di situasi dikecam, malah selalu saja dikecam. Tapi, kecaman itulah yang buat dia makin kuat. Jadi, Sophia percaya, perkara sama juga akan berlaku pada Siti, menjadikan dia lebih kental untuk masa depan.

Sophia turut menyifatkan Siti sebagai seorang yang baik dan ceria. Siti juga sentiasa ada di sisi Sophia untuk memberi kata-kata semangat waktu dia dalam kesusahan dan ‘down’. Kata Sophia lagi, siapa yang kenal Siti pasti tahu perangai dia macam mana, jadi fokuslah pada orang yang sayangkan kita.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video