MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Selebriti

Dayang Areeda Anggap Tuduhan Ubah Muka Ni “Benda Paling Kelakar”

Pelakon Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 32, menyifatkan dakwaan kononnya dia mengubah bentuk wajahnya sebagai perkara tidak berasas dan boleh mengundang fitnah. Dayang mengaku memang ada jalani rawatan wajah, tapi dia tegaskan tak pernah buat sebarang prosedur untuk mengubah rupa seperti yang orang duk kecohkan tu.

Menurut Dayang, dia menganggap komen-komen sedemikian sesuatu yang melucukan dan dia tak terlalu ambil hati pun dengan tanggapan orang ramai. “Ada yang cakap saya buat hidunglah, cakap saya buat kelopak mata. Ada pula yang kata muka saya tak nampak asli,” katanya.

Dayang berkata dia memang ada buat rawatan muka tapi tak pernah ubah muka walau sedikit pun. Dia siap cakap mungkin dulu muka dia berisi sikit, nampak bulat, jadi nampak beza sekarang. Tak pernah pun terfikir nak buat muka, ujarnya.

Walaupun tak kisah dengan komen yang dilemparkan, Dayang kesal apabila ada pihak yang buat andaian tak berasas sampai boleh timbulkan fitnah. Katanya, manusia suka membuat andaian tentang benda yang tak betul dan perkara sebegitu boleh jadi fitnah.

Perubahan pada wajahnya mungkin disebabkan faktor usia, selain berat badannya turun sebanyak empat kilogram. Dayang kongsi, dia kini lebih jaga pemakanan dengan kurangkan makanan manis dan banyakkan bersenam. Dia juga berkata, dulu dia nampak seperti budak-budak. Nampaknya, Dayang Areeda ni memang steady je bila orang buat tuduhan macam-macam. Apa-apa pun, yang penting dia makin sihat dan fit, kan?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video