Uyaina Arshad bawa vibe stres SPM masuk TV dalam Malaysian Host Wanted

Uyaina Arshad cuba hidupkan semula debaran dewan peperiksaan menerusi pilot episod bertajuk SPM One More Time dalam episod ketujuh Malaysian Host Wanted Musim Kedua. Konsep kuiz hiburan ini mencabar rakyat Malaysia untuk tengok sejauh mana mereka masih ingat pelajaran zaman sekolah dengan soalan bertaraf SPM.
Bagi memeriahkan suasana, Uyaina bawa gandingan ibu dan anak, Fatimah Abu Bakar dan Sharifah Aryana sebagai tetamu. Bukan peserta saja yang kena 'stres', penonton di rumah pun boleh join sekali jawab soalan untuk uji ingatan masing-masing.
Tapi nak buat show macam ni bukan senang. Uyaina terpaksa hadapi cabaran teknikal, terutamanya penggunaan sistem LED dan paparan grafik yang perlukan ujian rapi sebelum penggambaran supaya semuanya berjalan lancar semasa penggambaran.
Kita juga dapat tengok sisi Uyaina bukan sekadar hos, tapi sebagai penerbit yang uruskan segalanya dari pre-production, bincang dengan produksi, penggambaran sampai ke proses editing. Kerja keras dia ini dipantau dan dinilai oleh barisan juri iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Awal Ashaari, Yasmin Hani serta juri jemputan Hawa Rizwana, manakala Sherry Al-Hadad bertindak sebagai pengacara pertandingan.
Kini, perjalanan enam finalis sudah sampai ke penghujungnya. Episod finale akan bersiaran pada Isnin, jam 11 malam, di Astro Ria, Sooka dan Astro GO untuk menentukan siapa juara yang bakal bawa pulang wang kemenangan RM30,000.
Agak-agak korang, kalau masuk kuiz ni, korang boleh jawab ke atau terus 'blank' macam masa exam dulu?
