Tokti Pernah Jadi Pengawas Pusat Sumber, Siap Mengaku 'Belasah' Budak Nakal Zaman Sekolah!

Netizen terhibur selepas Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi momen zaman persekolahannya. Menerusi hantaran di Threads pada 24 November, Siti atau mesra disapa Tokti, mendedahkan yang dia pernah memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber dahulu.
Yang paling mencuit hati, pelantun lagu Kesuma ini berseloroh yang dia pernah bertindak tegas terhadap pelajar nakal ketika bergelar pengawas. "Kita pengawas pusat sumber. Kita belasah budak nakal, kita kaki sukan dan kelab sekolah… Alhamdulillah, kita dah jadi leader Sitizoners," tulisnya.
Hantaran spontan Tokti ni memang mengundang tawa netizen. Rata-rata pengguna media sosial di ruangan komen terhibur dengan jawapan spontan Siti Nurhaliza. Amboi, Tokti punya 'flex tak rilek' kali ni memang lain macam!
