Aida Amron menang Pelakon Wanita Terbaik, Nadiya Nisaa bangga adik 'survive' walaupun keluarga mula-mula tak setuju

Siapa sangka Aida Amron akhirnya membuktikan bakat dia bukan sekadar 'ride' nama keluarga selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) baru-baru ini.
Kakaknya, Nadiya Nisaa, meluahkan rasa bangga dan gembira atas pencapaian adiknya itu. Melalui hantaran di Threads, Nadiya dedahkan yang Aida sebenarnya berkeras dengan pilihannya untuk jadi pelakon walaupun pada mulanya keluarga tidak bersetuju.
Menurut Nadiya, Aida memilih untuk diam dan tidak menyerah kalah, malah belajar dan berusaha sendiri tanpa mengaitkan hubungan kekeluargaan untuk naik dalam seni. "Siapa sangka kala keluarga berkata tidak, dia memilih untuk diam & tidak menyerah. Walau ramai tak tahu. Ya dia adik, saya kakak. Belajar sendiri, usaha sendiri. Pujuk hati. Resilience," tulis Nadiya.
Nadiya turut berkongsi foto Aida di atas pentas menerima trofi tersebut yang disampaikan oleh Sharifah Amani. Selain Nadiya, kakak Aida yang lain iaitu penata gaya fesyen, Min Luna, juga membantu Aida dari segi penampilan.
Kalau korang nak tahu, Aida mula berlakon pada 2018 menerusi filem Gol & Gincu Vol 2. Selepas itu, dia berlakon dalam filem Badak pada 2025 dan yang terbaru ialah Pemuja Syaitan arahan Liyana Jasmay.
Untuk filem Badak, Badak mengisahkan perjalanan hidup Badak, seorang bapa tunggal yang pekak membesarkan anaknya, Mirah, dalam dunia kecil yang penuh kasih sayang melalui bahasa isyarat dan ekspresi wajah.
Memang respect habis lah Aida sebab gigih belajar sendiri sampai dapat pengiktirafan besar macam ni. Korang rasa siapa lagi pelakon yang 'struggle' dari bawah sampai berjaya?
