Usia 55 Tahun Masih Ada Harapan Cari Jodoh? Hans Isaac Kata Buang Ego, Jangan Terlalu Memilih!

Pelakon Datuk Hans Isaac berpendapat dalam soal mencari pasangan hidup, tiada istilah terlambat pun. Katanya, setiap individu masih ada peluang bertemu jodoh tak kira usia.
Hans, yang berusia 55 tahun, tegaskan perkara paling penting adalah kesediaan diri sendiri untuk berusaha mencari pasangan, dan yang paling kritikal, mengetepikan ego yang selalunya jadi penghalang besar dalam sesebuah hubungan.
“Kalau nak cakap fasal umur, masih ada harapan walaupun umur 55 tahun ke atas. Boleh bro, tapi kita kena usaha,” katanya. “Satulah nak cakap, lelaki ini ada ego. Jadi kita kena lepaskan ego itu. Kalau tetap nak kekalkan ego, saya rasa susah untuk bercinta.”
Tak cukup dengan ‘pedas’ bagi nasihat kat kaum lelaki, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini berseloroh pasal perempuan pula. Dia turut berseloroh bahawa perempuan itu complicated, walaupun dia sayang mereka.
Hans turut sedar tak ada manusia yang sempurna, dan sikap terlalu memilih pasangan ni memang boleh menyukarkan seseorang untuk jumpa jodoh. Dia akui, itu masalah yang dia sendiri hadapi dulu.
Syukurlah, akhirnya beliau dah jumpa pasangan hidup. Hans juga tak lupa ucap terima kasih pada semua yang bagi respons baik pasal berita gembira hubungan dia dan tunangnya. Beliau percaya pengalaman dan peningkatan usia banyak mengajar dia untuk lebih kawal emosi dan tak terburu-buru bagi reaksi pada apa-apa perkara. Katanya, jika dia berkahwin pada usia muda dahulu mungkin dia masih belum cukup matang, dan kini dia lebih faham bukan semua benda kena terus bagi reaksi.
Sebelum ini, Hans memang dah maklumkan yang dia akan menamatkan zaman bujang dengan Ratu Cantik Malaysia, Francisca Luhong, pada Jun tahun depan. Mereka dikatakan dah bertunang di Paris, Perancis beberapa minggu lepas, cuma tarikh sebenar tak didedahkan. Betullah tu, umur makin meningkat ni, memang kena matang. Apa pendapat korang, setuju ke dengan Hans ni?
