UTV Nusantara bawa collab Malaysia-Indonesia, ada tiga telefilem baru!

Bayangkan gabungan vibe Malaysia dan Indonesia dalam satu skrin, mesti syok kan? Itulah yang cuba dibawakan oleh UTV Nusantara, platform hiburan digital terbitan Usanita Entertainment yang baru saja dilancarkan di Hotel Waldorf Astoria, Kuala Lumpur.
Kali ini, mereka taruh tiga telefilem baru iaitu My Toxic Boyfriend, 9 Bulan dan Puteri Maya. Yang paling best, ketiga-tiga naskhah ini shoot kat Jakarta dan Yogyakarta dengan bantuan produksi tempatan sana.
Untuk My Toxic Boyfriend, kita ada Siti Khadijah Halim yang berlakon sekali dengan dua pelakon Indonesia, Cinta Brian dan Adly Fayruz. Manakala untuk 9 Bulan dan Puteri Maya pula, memang semua pelakon dari Indonesia sahaja.
Datuk Adzliana Hasan, Presiden UTV merangkap CEO Usanita Entertainment, kata kerjasama ini bukan sekadar buat content, tapi peluang untuk penggiat seni kongsi kepakaran dan masuk ke pasaran serantau. Telefilem My Toxic Boyfriend dijadualkan mula ditayangkan pada 23 November 2026 jam 9 malam menerusi platform UTV.
Bukan itu saja, Usanita Entertainment juga terjun ke dunia muzik dengan single sulung Janji Untuk Setia yang menampilkan penyanyi Indonesia, Allan Andersn dan Rimar.
Kita tengok dulu sama ada collab rentas negara macam ni boleh letup atau sekadar melepaskan batuk di tangga!
