MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Terer Gila! Wan Raja Punya Seni Lukis Bukan Biasa-Biasa

via Instagram @wanraja

Wan Raja ni memang pelakon yang kita kenal selalu berlakon, tapi siapa sangka dia punya bakat melukis tu power gila! Dari kecil lagi minat seni ni dah membuak-buak dalam diri dia.

Ramai yang ingat Wan Raja ni baru belajar melukis sebab terikut bini dia, Yaya Maembong, kan? Yalah, Yaya kan memang dari keluarga seni. Tapi Wan Raja dah jelaskan, minat melukis tu dah ada sejak umur empat tahun lagi, bukan baru-baru ni.

Kata Wan Raja, dia tak belajar melukis dengan bapa mertua dia pun. Masa sekolah rendah, dia dah join kelas seni dengan guru lukisan yang kebetulan kawan mak dia. Fuh, dahsyat betul!

Masuk Tingkatan Satu, Wan Raja ni kena belajar dekat sekolah agama. Sekolah tu pulak tak ada Pendidikan Seni, tapi ganti dengan Bahasa Arab. Bukan dia tak suka Bahasa Arab atau agama, tapi seni tu dah jadi nyawa dia. Sampai dia sengaja menggagalkan mata pelajaran Bahasa Arab tu, semata-mata nak pindah sekolah yang ada Pendidikan Seni. Memang beria habis!

Keputusan dia tu memang tak sia-sia. Lepas pindah ke Methodist Boys’ School, dia dapat peluang mendalami seni lukis balik. Siap jadi pelajar terbaik lagi dalam Pendidikan Seni kat sekolah tu, dapat A1! Dari situ baru mak dia faham yang seni ni memang dah sebati dengan Wan Raja.

Tak cukup dengan tu, dia sambung lagi belajar Seni dan Reka Bentuk dekat Universiti Teknologi MARA (UiTM), lepas tu Master Pendidikan Seni. Tapi tak sempat habis Master sebab dapat tawaran jadi pensyarah seni dekat Pulau Pinang selama lima tahun, sebelum dia terjun dunia lakonan. Pergh, memang ‘art expert’ betul!

Idea untuk Siri Contiang dekat TikTok tu pulak datang dari pembantu peribadi dia yang Gen Z. Wan Raja ni awalnya tak suka TikTok sebab ingat orang menari je. Tapi PA dia bagi cadangan, guna je kemahiran sendiri macam berlakon atau melukis.

Dengan ijazah Seni dan Reka Bentuk yang dia ada, Wan Raja pun rasa tak salah untuk asah balik skill melukis tu melalui media sosial. Sampai sekarang, dah 33 potret selebriti tanah air yang dia berjaya lukis. Antaranya nama-nama besar macam Nasir Bilal Khan, Sharnaaz Ahmad, Zul Ariffin dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

Memang padu habis Wan Raja ni! Siapa lagi artis yang patut dia lukis lepas ni, korang rasa?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video