Rayuan Haji Yusry Tak Lulus? Lisa Surihani Relax Je, Siap Nampak Hikmah!

Siapa sangka kan, dalam beribu-ribu orang yang berharap nak jadi tetamu Allah, Yusry Abdul Halim pula tak dapat green light untuk tunaikan ibadah haji tahun ini. Tapi, sebagai isteri yang cool dan berfikiran positif, Lisa Surihani cepat-cepat je anggap ada hikmah besar di sebalik kegagalan rayuan suaminya tu.
Awal-awal dulu, memang dorang dah pasang niat nak pergi berdua, sama-sama kan best! Tapi itulah, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Lisa sendiri cakap, “Ia menjadi peringatan untuk kami terus reda, bahawa setiap niat dan perancangan kita tetap tertakluk kepada aturan Yang Maha Tinggi.” Ayat power dari Lisa ni memang buat kita terfikir, betapa kita kena sentiasa pasrah dengan setiap ketentuan Ilahi.
Lisa percaya kehadiran Yusry lebih diperlukan di rumah untuk menjaga dan mengurus anak-anak mereka sepanjang ketiadaannya selama 45 hari.
Lisa turut bersyukur apabila mendapat khabar anak-anak berada dalam keadaan baik sepanjang ketiadaannya di Tanah Suci, dan merakamkan terima kasih kepada suaminya.
Dalam pada Yusry tak dapat pergi, Lisa pulak dapat berita gembira bila rayuan visa hajinya menerusi Lembaga Tabung Haji diluluskan. Memang Allah dah aturkan cantik-cantik untuk dorang berdua. “Alhamdulillah saya amat bersyukur atas kelulusan rayuan visa Tabung Haji saya. Segalanya juga telah diatur dengan indah oleh Allah. Alhamdulillah syukur berharap dapat menempuh perjalanan ini bersama, rayuan abang tidak diluluskan. Namun, pasti ada hikmahnya,” ujarnya.
Baru-baru ini, Lisa dah selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima. Siap sempat kongsi momen Yusry dan tiga cahaya mata mereka hantar dia kat lokasi perjumpaan jemaah lagi. Sweetnya!
Jadi, walaupun tak dapat pergi berdua, Lisa dan Yusry ni memang pasangan yang power bab reda dan bersyukur.
