MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Syifa Melvin Mohon Maaf, Akui Terlalu Emosi Sampai Aibkan Bekas Adik Ipar

Pempengaruh media sosial yang tak asing lagi, Syifa Melvin, akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Permintaan maaf ni dia buat dekat platform Threads miliknya, selepas insiden 'live' di sosial media yang mengaibkan bekas adik iparnya, Syafiq.

Syifa mengakui dia terlalu emosi sampai terbawa-bawa buat siaran langsung itu. “Salam, rendah diri dan rendah hati kami mohon maaf atas apa yang jadi. Kami mengaku terlalu emosi sampai buat live sekaligus mengaibkan Shafiq,” tulis Syifa.

Isteri kepada pemain bola sepak Safawi Rasid ini, tak lupa juga nak mohon maaf terus kepada Syafiq. “Kepada Shafiq, kami minta maaf. Awak pernah menjadi keluarga,” katanya lagi. Syifa juga dengan lapang dada menerima segala kecaman yang dilemparkan oleh netizen.

Syifa berkata ini adalah harga yang perlu mereka bayar. Dia berharap selepas ini hanya perkara yang indah-indah untuk semua.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video