Janna Nick Sebak Tengok Video Anne & Achey Hamil — “Penantian 15 Tahun Tu…”

Pengacara dan pelakon Janna Nick tumpang gembira melihat video isteri pelawak Achey, Anne, berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya. Janna meluahkan perasaannya di Threads, mengakui dia rasa sebak melihat Anne yang nampak gementar menunggu keputusan kehamilan di luar bilik doktor.
“Sedihnya (yang gembira) tengok video Anne dan Achey dapat baby. Penantian 15 tahun tu 🤧. Berkaca mata tengok Anne nervous masa dekat luar bilik doctor sementara menunggu keputusan tu,” tulis Janna.
Membalas hantaran itu, Anne turut mengucapkan terima kasih kepada Janna. Dia juga mendoakan agar Janna dikurniakan cahaya mata dan dipermudahkan segala urusan. Alahai, cair hati kita tengok support system dorang ni.
Pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah atau Anne, sebelum ini berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata. Pasangan ini telah menanti selama 15 tahun dan tidak pernah putus berdoa, walaupun melalui pelbagai ujian termasuk rawatan IVF. Memang satu perjuangan yang panjanglah kan. Semoga semua urusan mereka dipermudahkan!
