MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Sufi Rashid Bakal Gegar GV Fantasia, Satu-Satunya Dari Singapura!

Juara Akademi Fantasia (AF) 2015, Sufi Rashid, disahkan sebagai antara empat peserta tambahan dalam barisan Gegar Vaganza Fantasia yang diumumkan secara langsung pada Ahad malam. Yang paling cun, Sufi Rashid kini jadi satu-satunya penyanyi dari Singapura yang bakal berentap di pentas berprestij itu! Memang bangga habis lah orang Singapura kan?

Selain Sufi, juara AF2016 Amir Masdi turut diumumkan sebagai peserta tambahan. Penyertaan mereka ini mengesahkan lagi musim istimewa Gegar Vaganza (GV) kali ini, yang akan menghimpunkan semua juara AF sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro. Ini bukan calang-calang punya pertandingan, geng!

Mereka berdua akan bersaing sengit dengan nama-nama besar lain dalam GV musim ke-13, termasuklah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul, dan Firman. Fuh, pentas ni memang dah macam perhimpunan superhero AF, siap sedia nak tunjuk power vokal masing-masing.

Pentas Gegar Vaganza Fantasia juga dihangatkan dengan gandingan tiga hos, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad. Barisan juri pula kekal dengan nama-nama lagenda industri muzik: Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat.

Edisi GV kali ini betul-betul nak satukan juara-juara AF yang pernah cetus fenomena dan warnai industri muzik Malaysia. Ini peluang dorang nak buktikan kehebatan vokal, karisma, dan daya tahan sebagai bintang realiti paling berpengaruh. Siapa rasa dia paling power, sekaranglah masa untuk tunjuk taring!

So, adakah Sufi Rashid mampu bawa piala juara GV Fantasia balik ke seberang tambak? Kita sama-sama saksikan!

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video