Akhirnya Nadhir Nasar dapat watak sebaya usia, tak payah acah muda dah!

Pelakon Nadhir Nasar tak dapat sorok rasa teruja dia bila berpeluang bawak watak sebaya usia sebenar dia dalam filem Goreng.
Mana taknya, sebelum ini dia lebih kerap dapat watak umur sekitar 25 hingga 26 tahun je, kan? Kali ni dia dapat watak lelaki 30 tahun, sebiji macam umur dia! Menurut Nadhir, ini peluang baharu untuk dia. “Saya belum pernah lagi membawakan watak sebegini kerana ini merupakan kali pertama diberikan watak yang pengarahnya kata saya berumur 30 tahun, iaitu usia sebenar saya,” katanya.
Dia menambah, sudah tiba masanya untuk dia berdepan dengan realiti dan membawakan karakter yang bersesuaian dengan usia sendiri. Nadhir juga rasa inilah masa untuk mengembangkan lagi hala tuju kerjayanya sebagai seorang pelakon, katanya kepada Gempak.
Dalam filem Goreng ni, Nadhir bawak watak nama Nas. Watak ni katanya digambarkan sebagai seorang lelaki berperwatakan agak serius dan berdepan beberapa konflik tersendiri.
Nadhir menyifatkan Goreng sebagai salah satu naskhah yang sangat dekat dengan masyarakat, kerana mengetengahkan kisah dan permasalahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan penonton. Katanya, itulah antara perkara paling menarik tentang karakter yang dibawakannya.
