Siti Nurhaliza Seru Rakyat Malaysia Beri Sokongan Buat Aina Abdul Di Eurovision Asia

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyeru orang ramai memberikan sokongan kepada penyanyi dan komposer Aina Abdul yang akan berentap di pentas Eurovision Asia tidak lama lagi.
Menerusi hantaran di Threads, Siti Nurhaliza turut mendoakan agar kejayaan di pentas berprestij itu menjadi milik Aina Abdul.
Beberapa rakan artis lain turut memberikan kata-kata semangat buat Aina Abdul.
Aina akan mempersembahkan lagu Bluest Sky di Bangkok, Thailand. Lagu baharu itu telah dilancarkan dan menerima pujian daripada rakyat Malaysia serta reaksi positif daripada peminat muzik antarabangsa.
Ada peminat yang mula meramalkan Aina berpotensi muncul sebagai pemenang, khususnya berdasarkan kekuatan persembahannya di mata juri.
Aina Abdul dijadualkan berentap di pentas Eurovision Asia pada 14 November 2026 di Bangkok, Thailand, dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa.
