Shaheizy Sam 'Jujur' Tentang Restoran Barunya: Kalau Sendiri Rasa Biasa, Jangan Harap Pelanggan Rasa Luar Biasa!

Pelakon terkenal Shaheizy Sam baru sahaja membuka restoran Abdul'ss di Shah Alam. Baru sebulan menceburi bidang F&B, Sam mengakui banyak menimba pengalaman dan pelajaran baharu.
Memang betul kata orang, bisnes F&B ni mencabar. Sam, 44, akui sendiri susah nak puaskan selera semua orang, sebab setiap individu ada cita rasa masing-masing yang berbeza.
“Baru sebulan dalam bidang F&B, banyak juga saya belajar. Betul, kita tidak mampu hendak memuaskan ‘tekak’ semua orang kerana cita rasa masing-masing berbeza-beza,” katanya dalam satu hantaran di Threads.
Yang paling padu, Sam pesan supaya peniaga kena jujur dengan kualiti makanan sendiri. Janganlah kita sendiri rasa makanan tu biasa-biasa je, tapi mengharapkan pelanggan tiba-tiba rasa luar biasa. Amboi, mana aci?
“Kalau rasa makanan sendiri biasa-biasa sahaja, jangan harapkan pelanggan tiba-tiba rasa hidangan itu luar biasa pula,” tegasnya, memberi nasihat yang mungkin ramai terlepas pandang. Lepas dah jujur tu, barulah boleh bertawakal kepada Allah SWT supaya dapat tarik pelanggan yang citarasa sama. Fuh, mendalam maknanya!
Sebelum ini, pelakon filem Polis Evo itu juga pernah menyuarakan agar individu yang tinggal jauh agar tidak bersusah payah datang ke restorannya, risau tak dapat sediakan kualiti dan kuantiti yang sepatutnya. Nampak sangat Sam memang jenis jaga kualiti, bukan main-main punya orang. Kalau dah founder pun jujur macam ni, kita pun tenang je nak cuba!
