MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Shiqin Kamal sah jadi isteri Mika Irfan Nojey, terima mas kahwin dua dinar emas

via Instagram @shiqinkamal

Pelakon Shiqin Kamal kini sah bergelar isteri setelah selamat diijabkabulkan dengan Mika Irfan Nojey, seorang jurulatih sukan memanah dan berkuda. Majlis pernikahan yang penuh bermakna itu berlangsung di Glamhall, Damansara Perdana pada 25 November 2026.

Pasangan ini selamat diijabkabulkan tepat jam 12 tengah hari. Proses pernikahan tersebut berjalan lancar dengan hanya sekali lafaz, sekaligus mengesahkan ikatan perkahwinan mereka sebagai suami isteri.

Butiran mas kahwin dan hantaran

Dalam majlis tersebut, Mika Irfan Nojey menyerahkan mas kahwin berupa dua dinar emas kepada Shiqin. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan kepada umum.

Sebut pasal hantaran, pihak pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang.

Penampilan pengantin dan tetamu

Dari segi gaya, Irfan tampil segak dengan mengenakan persalinan Baju Melayu berwarna putih. Shiqin pula memilih untuk memakai dress putih yang membuatkan penampilannya tampak anggun semasa majlis berlangsung.

Suasana majlis pernikahan itu cukup eksklusif dan dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat bagi kedua-dua belah pihak yang turut meraikan hari bahagia pasangan ini.

Perjalanan cinta Shiqin dan Irfan

Kalau nak tahu, pasangan ini sebenarnya sudah mula berkenalan sejak setahun yang lalu. Hubungan mereka menjadi semakin serius sebelum akhirnya mereka memutuskan untuk melangkah ke fasa baharu sebagai suami isteri.

Sebelum hari pernikahan, Irfan dan Shiqin sudah pun melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu pada 29 Ogos lalu sebagai tanda ikatan sebelum sah bergelar suami isteri.

Kitorang rasa sweet betul jalan cerita dorang, dari tunang sampai jadi husband and wife. Agak-agak korang, Shiqin akan start belajar memanah ke lepas ni?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video