Sayang Sayang Gabung Lebih 100 Penggiat Filem Dari 3 Negara, Bukan Kaleng-Kaleng!

Filem Sayang Sayang memang betul-betul nak buat kita terpukau dengan konsep dia. Bukan senang nak kumpul bakat dari tiga negara serentak – Malaysia, Taiwan, dan India! Total? Lebih 100 orang beb!
Pelakon Taiwan, Lee Lee-Zen, dengan Sasha Tang yang makin naik daun tu, diorang pun join sekali. Dari Malaysia pulak, memang tak kurang hebatnya. Jo Kukathas, Mhia Firdaus, Nandagopall Mohan, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman, Mia Tan Shu Man, Jonathan Lee, dan Tan Li Yang turut membarisi filem ini..
Gabungan ni bukan setakat ramai, tapi bawa kepelbagaian budaya dan perspektif yang gila-gila. Bayangkan berapa banyak idea kreatif boleh bertukar bila bakat dari latar belakang berbeza bersatu. Ini yang akan buat filem ni ada identiti tersendiri, bukan main-main punya hasil.
Filem arahan Tang Hsiang-Cu ni cerita pasal tiga anak muda pekak bisu, Ajay, Mina, dan San San, yang cari identiti diri dan impian hidup. Macam menarik je kan?
Filem ni dah ditayangkan kat Taiwan pada 16 Oktober lepas. Untuk kita kat Malaysia, mark kalendar korang! Sayang Sayang akan gegarkan pawagam bermula 5 November ni, cuma dua hari lagi dari sekarang. Agak-agak, siapa yang dah tak sabar nak tengok Sayang Sayang ni kat panggung? Confirm pecah panggung nanti!
