MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Salah cakap masa bagi trofi, Azhan Rani mengaku 'darah gemuruh'

Azhan Rani baru-baru ini berkongsi momen mencuit hati apabila dia rasa sangat gemuruh masa serahkan trofi kategori Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) pada Sabtu lalu.

Azhan mengaku dia memang mudah nervous setiap kali hadir majlis rasmi, sampaikan tersilap ucap terima kasih sewaktu bagi trofi kepada pemenang anugerah tersebut.

“Aku ini memang tidak boleh apabila majlis-majlis rasmi seperti ini. Kalau tidak kelam-kabut, memang akan ada benda bodoh berlaku,” katanya di Instagram.

Ikutkan rancangannya, dia nak ucap tahniah, tapi yang keluar pula perkataan terima kasih. Pemenang itu pun turut mengucapkan terima kasih.

Azhan cuma sedar dia buat hal selepas selesai serahkan anugerah dan bertemu rakannya, Zahiril Adzim. Dia sempat berbisik kepada Zahiril, “Kau cakap apa tadi, setan? Kau bagi trofi, bukan kau yang menang.”

Sebab rasa bersalah, Azhan minta maaf secara terbuka kepada penerima anugerah tersebut, Sun J. Perumal dan Sivanantham. Dia rasa malu sebab rasa macam otak tidak berfungsi dengan baik malam itu.

Sambil berseloroh, dia pesan supaya jangan panggil dia lagi untuk tugas macam itu sebab dia memang ‘darah gemuruh’.

Kisah ni pun dapat perhatian rakan artis lain. Sarimah Ibrahim antara yang terhibur dan sempat komen yang Azhan tetap antara yang terbaik dan dia mahu berikan semua anugerah kepada pelakon tersebut.

Kita semua pernah nervous, tapi kalau sampai tersasul macam ni memang level lain macam punya malu, kan?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video