MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Kena panggil 'green forest', Dini Schatzmann tak nak ambil serius komen netizen

Pelakon Dini Schatzmann lebih selesa untuk tidak mengambil komen netizen secara peribadi, tidak kira sama ada komen itu positif atau negatif. Hal ini termasuklah gelaran 'green forest' yang diberikan kepadanya.

Bagi Dini, netizen hanya melihat apa yang ditonjolkan di media sosial, sedangkan dia menganggap dirinya bukan manusia yang sempurna.

“Ada sahaja yang mengatakan saya ‘green forest’, mungkin ada juga yang mengatakan saya ‘red flag’. Seperti yang saya katakan, apabila orang bercakap mengenai saya atau Janna, sama ada perkara baik atau buruk, saya tidak mengambilnya secara peribadi,” katanya.

Dia menambah bahawa tiada siapa yang mengetahui keseluruhan cerita sebenar dan tidak mahu terlalu teruja dengan pujian seperti menjadi 'suami nombor satu'.

Perkara ini dikongsi Dini pada 24 November ketika ditemui di majlis pengumuman isterinya, Janna Nick, sebagai duta rasmi 3Days x Turun KG season 2 di Hotel Le Meridien Putrajaya.

Pelakon berusia 32 tahun itu menegaskan dia tidak mahu terikat dengan kata-kata orang luar. Sebaliknya, dia lebih fokus untuk memberikan perhatian kepada perkahwinannya dengan Janna dan mahu menjadi versi terbaik buat isterinya.

Untuk rekod, Dini dan Janna, yang juga seorang penyanyi, telah mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.

Kalaulah semua suami boleh chill macam ni, mesti kurang sikit drama dalam group chat kita, kan?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video