MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Issey Fazlisham ‘sekolah’kan netizen yang ingat DJ radio kerja empat jam saja

Issey Fazlisham baru-baru ini menepis tanggapan segelintir pihak yang menganggap tugas seorang penyampai radio hanya memerlukan tempoh bekerja selama empat jam sehari.

Menurut Issey, skop kerja penyampai radio masa kini sudah semakin meluas dan bukan sekadar mengendalikan siaran secara langsung sahaja. Dia mengaku ada terbaca bahawa penyampai radio katanya bekerja empat jam sahaja, dan ada juga yang mengatakan gaji mereka mahal.

Pasal gaji pula, Issey jelaskan bahawa jumlahnya berbeza-beza. Malah, dia sendiri tak tahu berapa gaji rakan setugasnya, Fizi, dan begitu juga sebaliknya.

Walaupun waktu bersiaran mungkin empat jam, Issey tekankan yang ramai orang terlepas pandang apa yang berlaku selepas waktu 'on air'. Ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat seperti menguruskan kandungan digital, buat persiapan untuk siaran esok, menghadiri mesyuarat, mencari content, keluar tugasan, dan assignment lain sebab mereka juga sebahagian daripada media.

Komitmen sebagai penyampai THR Gegar juga bukan terhad di dalam konti sahaja. Issey dan Fizi yang mengendalikan segmen Bro Pagi Gegar (BPG) untuk pendengar di Pantai Timur kerap bergerak ke lokasi tersebut untuk memenuhi pelbagai jemputan dan acara, termasuklah pada hujung minggu.

Jadi, kalau ada yang masih ingat mereka cuma kerja empat jam, Issey tegaskan yang dia dan Fizi sebenarnya bekerja lebih daripada tempoh tersebut.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video