MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

KPop Demon Hunters x STABILO: Alat tulis baru untuk peminat HUNTR/X & Saja Boys

Pexels

Siapa sangka hobi menulis boleh jadi lebih 'slay' dengan koleksi alat tulis edisi terhad hasil kerjasama STABILO dan filem animasi popular Netflix, KPop Demon Hunters. Koleksi ini membawakan dunia HUNTR/X dan Saja Boys terus ke dalam kotak pensel anda.

Koleksi STABILO × KPop Demon Hunters ini sudah mula berada di kedai-kedai terpilih di Malaysia sejak 1 Oktober 2026. Apa yang menarik, rekaannya bukan sekadar letak muka karakter sahaja, tapi ada sentuhan budaya Korea melalui hiasan tradisional norigae. Dalam filem tersebut, norigae adalah identiti visual HUNTR/X yang melambangkan personaliti setiap ahli kumpulan, dan elemen ini ada pada klip serta penutup pen tertentu.

Banyak pilihan produk yang ditawarkan untuk peminat. Ada pen penyerlah STABILO swing cool, pen STABILO point 88, dan Pen 68. Malah, ada juga bekas logam STABILO Pen 68 metallic yang bertemakan lagu Golden. Kalau anda suka menulis atau melukis, boleh juga sambar set pen roller rekaan HUNTR/X serta pensel grafit yang menampilkan karakter HUNTR/X, Saja Boys, Sussie Bird, dan Derpy Tiger.

Koleksi ini memang sesuai untuk pelajar sekolah, mahasiswa, atau sesiapa sahaja yang suka buat jurnal dan karya seni inspirasi karakter kegemaran mereka. Terutama sekali untuk komuniti The Pride yang menyokong Saja Boys, ini memang barangan wajib ada.

Bagi yang terlepas atau mahu kumpul lebih banyak, STABILO dijadualkan akan memperkenalkan siri kedua koleksi ini pada 2027.

Sebagai peringatan untuk yang belum tonton, filem ini mengisahkan kumpulan wanita K-pop, HUNTR/X yang sebenarnya adalah pemburu syaitan rahsia. Kehidupan mereka jadi lebih mencabar apabila muncul kumpulan lelaki, Saja Boys yang juga ada identiti tersembunyi.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video