Que Haidar Jelas Panggilan 'Ayang' Fazura Sekadar Usikan: 'Kami Memang Suka Bergurau!'

Pelakon Que Haidar akhirnya menjawab isu panggilan ‘ayang’ oleh aktres Nur Fazura yang tular baru-baru ini. Menurut Que, panggilan mesra itu hanyalah usikan semata-mata, dan mereka memang suka bergurau.
“Kami semua suka bergurau, saya suka gurau, dia suka gurau sejak dahulu lagi, daripada zaman muda-muda lagi,” kata Que, atau nama sebenarnya Tengki Iskhan Shah Tengku Haidar. Dia menjelaskan bahawa Fazura memang gemar mengusiknya kerana dia seorang yang pemalu, manakala Fazura pula lebih berani.
Que berkata demikian ketika ditemui pada majlis ‘Meet and Greet’ drama bersiri Unifi TV Original berjudul <i>Nak Dengar Cerita Hantu 2</i> di The Bucolic Cafe, Setia Alam pada Rabu lepas. Video yang tular itu menunjukkan kemesraan kedua-dua pelakon tersebut dalam satu sesi siaran langsung di media sosial, lantas menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat.
Pelakon berusia 47 tahun itu turut menyifatkan Fazura sebagai antara wanita yang paling rapat dengannya. Persahabatan mereka sudah terjalin sejak sekian lama, malah pernah bekerjasama dalam beberapa buah filem sebelum ini.
Que meluahkan rasa gembira apabila dapat bergandingan semula dengan Fazura menerusi kempen Jakel tahun ini, apatah lagi selepas dia membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan. Que juga memuji keperibadian Fazura yang berhati baik, penyayang, mengambil berat, dan lucu.
Haish, siapa sangka gurauan ‘ayang’ boleh jadi bualan hangat satu Malaysia? Dah terang lagi bersuluh, ini semua gurauan kawan baik je. Korang janganlah overthinking sangat!
