MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Drama Keluarga Toxic, Racun Segumpal Hati Mira Filzah & Riena Diana di Tonton Hari Ini!

via Instagram @mfmirafilzah

Peminat drama tegar, bersedialah! Filem Tonton Original terbaru, “Racun Segumpal Hati” yang dibintangi Mira Filzah dan Riena Diana, akan menemui penonton di platform Tonton bermula hari ini, 11 November. Kali ni, Tonton sajikan konflik adik-beradik yang diuji oleh luka lama.

Kisah ini berputar pada watak Rania (Mira Filzah) yang bertungkus-lumus bangunkan perniagaan tepung pelita selepas ibu bapa mereka, Kamil (Fauzi Nawawi) dan Hasnah (Fiza Halim) meninggal dunia. Perniagaan itu mendapat sambutan hangat. Tapi, bila adik dia, Alisa (Riena Diana), kembali dalam hidup Rania setelah menjadi mangsa keganasan rumah tangga, di situlah segalanya mula huru-hara. Rania dan suaminya (Kamal Adli) sambut Alisa dengan tangan terbuka, siap bagi duduk sebumbung. Baik betul kan?

Namun, kehadiran Alisa ni lah yang mula menguji keharmonian rumah tangga Rania. Di sebalik kerinduan kakak dan adik yang kononnya menyatukan mereka, rupa-rupanya ada luka lama dan perasaan yang tak pernah terluah tersimpan. Kalau dah nama pun “Racun Segumpal Hati”, confirm lah bukan drama biasa-biasa. Boleh ke kasih sayang adik-beradik ni mengatasi segala dendam dan prasangka yang dah lama bersarang?

Mira Filzah sendiri berkongsi yang cabaran terbesar untuk watak Rania ni adalah menyelami gejolak emosi seorang kakak yang terperangkap dalam ujian keluarga yang berat. Katanya, “Keunikan naskhah ini terletak pada pengolahan konflik kekeluargaan yang amat dekat dengan realiti masyarakat, di mana luka lama yang tidak diubati mampu memusnahkan kepercayaan dalam sekelip mata.”

Filem ini boleh distrim secara eksklusif di Tonton. Langgan serendah RM9.90 je dah boleh enjoy bukan saja filem ni, tapi juga akses tanpa had kepada koleksi Tonton Originals lain, drama pilihan TV3, siri anime, drama Korea dan pelbagai kandungan premium lain. Berbaloi ke berbaloi?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video