Pelakon Faye Kusairi Persoal Peluang Adil Untuk Bakat Baharu:

"Industri kita sebenarnya ramai bakat baharu yang berpotensi. Persoalannya, sejauh mana ruang dan peluang diberikan kepada mereka untuk berkembang?" Demikian kata Faye Kusairi atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 39, ketika mengulas dilema yang dihadapi oleh pendatang baharu dalam dunia seni ketika ini.
Faye Kusairi melihat yang industri kita ni bukan ketandusan bakat, malah, ramai gila muka-muka baru yang power tapi tak dapat peluang yang selayaknya. Dia percaya, kalau industri ni bagi lebih banyak ruang, bakat-bakat ni boleh berkembang, jadi pelakon yang matang dari segi kerjaya dan seni lakonan.
Dia faham pihak produksi bertanggungjawab memastikan sesebuah karya berjaya, termasuk mengambil kira pandangan klien atau stesen televisyen dalam pemilihan pelakon berdasarkan kesesuaian watak dan keperluan produksi. Tapi Faye tegaskan, isu ‘relevan atau tidak’ seseorang pelakon tu sebenarnya subjektif. Baginya, peluang yang diberikan kepada mereka seharusnya adil dan saksama.
Faye Kusairi sendiri akui, pandangan dia ni bukan nak tuding jari pada sesiapa atau nak menyalahkan mana-mana pihak. Dia cakap, dia sendiri pernah lalui fasa jadi pendatang baharu yang tercari-cari peluang dulu. Jadi, dia tahu sangat struggle tu macam mana. "Saya cuma berharap industri kita mempunyai ekosistem pembangunan bakat yang lebih tersusun," tambahnya lagi.
Sebelum ni pun, Faye dah pernah bangkitkan isu pelakon baharu yang kurang dapat peluang ni menerusi satu hantaran. Kita rasa, point Faye ni memang valid habis! Kalau tak bagi peluang, macam mana bakat baru nak timbul? Apa pendapat korang, adakah industri kita memang patut rombak cara pilih pelakon, atau pendatang baharu kena lebih aggressive lagi?
