Adoi, Paknil Memang Takkan Muncul Kat GVF Kata Dia: "Tidak Akan Berlaku!"

Spekulasi tentang kemunculan Aznil, atau mesra disapa Paknil, di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) akhirnya terjawab. Dengan tegasnya, Paknil menjelaskan bahawa kehadirannya di program itu memang tidak akan berlaku, tidak kiralah sebagai pengacara atau dalam apa-apa kapasiti pun.
“Cuma, Paknil harap sudah boleh hentikan spekulasi kemunculan Paknil di pentas besar itu. Tidak akan berlaku. Tidak kira sebagai pengacara atau apa sekalipun,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya. Jelas, Paknil dah penat kot orang asyik tanya benda sama!
Walaupun takkan ada di pentas, Paknil tetap meluahkan rasa gembira melihat bekas-bekas peserta Akademi Fantasia (AF) yang kini bersaing di GVF.
Beliau turut menyatakan sokongan kepada semua bekas peserta AF yang bersaing dan berharap mereka dapat memberikan persembahan terbaik. Baik betul Paknil ni, support dari jauh pun jadi la kan.
Untuk rekod, GVF musim ini memang special sebab himpunkan juara dan alumni AF, memang nostalgia habis la bagi fans AF dari dulu. Minggu pertama GVF menyaksikan tiada penyingkiran, dan penyanyi Stacy berjaya menduduki tangga pertama dengan 66.80 peratus markah. Steady Stacy!
