Ben Amir pelik betul, persoal konsert The Weeknd ada unsur 'satanic'? Sampai ajak kita buat kajian sendiri!

Pelakon Ben Amir mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas dia mempersoalkan beberapa elemen dalam persembahan penyanyi antarabangsa, The Weeknd. Ben mendakwa elemen tersebut mungkin ada kaitan dengan ritual satanik dan simbolisme ilmu ghaib.
Menerusi beberapa hantaran di Threads, Ben meluahkan rasa hairan melihat penggunaan topeng dan pakaian berwarna merah dalam persembahan The Weeknd. Dia turut mempersoalkan mengapa ramai yang menyokong konsert itu dan siapa yang mengawal pemuzik-pemuzik ini. Untuk ‘membuka mata’ lebih ramai, Ben menyarankan agar kita menonton siri ‘The Arrivals’ di YouTube dan filem ‘Eyes Wide Shut’ arahan Stanley Kubrick. Dia meminta orang ramai menambah pengetahuan mereka.
Dalam hantaran berasingan, Ben Amir turut mendakwa bahawa kebanyakan konsert memang mempunyai unsur ritual satanik dan simbolisme berkaitan amalan ghaib. Dia juga menyebut bahawa majlis pembukaan Sukan Olimpik dan Piala Dunia pun sama, dengan tujuannya adalah untuk menyesatkan.
Harus diingat, dakwaan ini adalah pandangan peribadi Ben Amir semata-mata dan tidak ada bukti kukuh yang mengesahkan persembahan The Weeknd benar-benar melibatkan sebarang ritual pemujaan.
Menyedari perhatian yang diterima, Ben kemudiannya menjelaskan perkongsiannya itu sekadar untuk membangkitkan persoalan, bukannya menyerang sesiapa. “Pelik betul. Saya cuma bertanya soalan sahaja. Tak ada serang sesiapa pun,” tulis pelakon itu.
Jadi, teori konspirasi Ben Amir ni, korang rasa betul ke main-main je?
