MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

PGLM Kembali Setelah 18 Tahun, Tiara Jacquelina Bawa 'Visi Segar'

via Instagram @tiarajacquelina

Selepas penantian 18 tahun yang rasa macam takkan berakhir, pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) akhirnya kembali beraksi di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square! Pementasan ikonik ini mula dipentaskan sekaligus menamatkan penantian ramai, terutamanya pembeli tiket yang dah lama mengidam nak tengok PGLM secara langsung.

Pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata, Ini adalah perjalanan yang mengambil masa 18 tahun untuk direalisasikan. Kata beliau, sejak persembahan terakhir pada 2009, soalan bila PGLM nak kembali? tak pernah berhenti diajukan kepadanya. Kita pun fahamlah, bila karya dah legend macam ni, mesti ramai yang rindu kan?

Keputusan untuk mengembalikan PGLM ni bukan semata-mata sebab desakan peminat, tapi juga hasil 'dorongan' penerbit eksekutif bersama, Melissa Teoh dari JCPAC. Melissa merasakan PGLM patut dipersembahkan semula kepada penonton. Tiara Jacquelina turut berkongsi visinya untuk pementasan kali ini. Visi saya mahu memberi sesuatu yang lebih segar dan ubah beberapa perkara ditambah dengan bantuan teknologi. Itulah kelainan PGLM selepas 20 tahun, jelasnya. Barulah tak nampak ketinggalan zaman, kan?

Untuk pementasan kali ini, jangan terkejut pulak sebab PGLM menampilkan 50 pelakon atas pentas! Fuh, ramai giler! Setiap anggota ensembel pun diberikan identiti, nama, dan latar watak tersendiri, buat jalan cerita lagi hidup. Walaupun skrip dan lagu asal dikekalkan, rekaan set, prop, dan busana semua diberi nafas baharu. Susunan muzik pulak disuntik sentuhan segar oleh Saiful Ridzuan atau Duan dari kumpulan Seven Collar T-Shirt, confirm lagi syok!

Barisan pelakon utama kali ni pun tak kurang hebatnya. Watak Gusti Putri Retno Dumilah dikongsi oleh dua nama popular, Aisha Retno dan Mila Mohsin, manakala Aqasha menggalas tanggungjawab sebagai Hang Tuah. Mimi Fly dan Nadia Aqilah bawa watak Bayan, Luqman Hafidz jadi Sultan Mahmud Shah dan Yusof Hashim pegang watak Gusti Adipati Handaya Ningrat.

Naskhah terbitan Enfiniti Productions ini akan dipentaskan di JCPAC sampai 15 November depan. Jadi, kalau dah lama teringin nak tengok PGLM dengan sentuhan moden tapi masih mengekalkan roh asal, ini lah masanya! Mana tahu, dengan teknologi baru ni, kita boleh nampak Puteri Gunung Ledang terbang betul-betul depan mata! Korang dah ready ke nak serbu JCPAC?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video