MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Pelakon Raeshard Octaviansha Tak Malu Pandu E-Hailing, Akui Tak Suka Duduk Diam

via Instagram @raeshardo

Nama Raeshard Octaviansha, pelakon asal Indonesia berusia 37 tahun, kini menjadi sebutan ramai. Kenapa? Sebab Abang Raeshard kita ni tak segan silu mengakui dia kini mencari rezeki tambahan sebagai pemandu e-hailing masa lapang.

Menurut Raeshard, pekerjaan macam ni memang sah di sisi undang-undang, jadi apa yang nak dimalukan? Dia pun dah lama sedar tak boleh nak harapkan tawaran penggambaran semata-mata. Yelah, dunia hiburan ni macam roda, kadang di atas, kadang kat bawah. “Dia mengakui dia bukan jenis orang yang suka duduk diam di rumah dan akan rasa pening jika sehari tidak berbuat apa-apa.

Dia memang jenis yang tak nak terus terusan bergantung pada pendapatan dalam dunia lakonan yang kadang-kadang tak menentu tu. Baginya, selagi apa yang dibuat tu halal dan dia masih ada kudrat untuk bergerak, tak ada satu pun sebab untuk berasa malu. Katanya, dalam dunia hiburan belum tentu ada penggambaran setiap hari.

Sebagai ketua keluarga, Raeshard ni memang terasa sangat tanggungjawabnya. Dia kena pastikan pendapatan dan perbelanjaan keluarga sentiasa terjamin. Tambah-tambah pulak dengan kos sara hidup yang makin naik, lepas tu anak-anak pun makin membesar dan banyak keperluan. Memang kenalah cari jalan nak tambah pendapatan, tak kisah lah untuk belanja dapur, beli lampin pakai buang dan susu anak, atau nak bagi wang saku lebih sikit. “Kalau ada masa terluang sementara menunggu tawaran kerja, takkan saya mahu menganggur? Kita lelaki, apatah lagi sebagai suami dan ketua keluarga, memang tanggungjawab kita untuk menyara keluarga,” tegasnya.

Sikap Raeshard ni memang patut kita semua jadikan contoh. Dalam dunia yang penuh ketidakpastian ni, ada orang yang sanggup keluar dari zon selesa untuk pastikan keluarga terjamin. Ini baru betul “hero keluarga” kan? Jadi, apa pendapat korang? Ada artis lain lagi yang korang rasa patut dicontohi macam Raeshard ni?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video