Jisoo Blackpink Wajib Atas Katil Pukul 11 Malam, Siap Ada 'Trick' Nak Lari Dari Majlis!

Bukan biasa-biasa tau disiplin tidur Jisoo Blackpink ni! Bintang K-pop ini tegas mengatakan rutin hariannya tak boleh kacau bilau jadual tidurnya. Kata Jisoo, 31, dia akan teliti betul-betul setiap aktiviti luar dan rutin sebelum tidur, semua demi nak pastikan dia berada di atas katil tepat pukul 11 malam. Power kan!
Bukan setakat itu saja, Jisoo juga cerita dia dah tetapkan waktu spesifik untuk berada di atas katil. Kalau tiba-tiba diajak berkaraoke, dia sanggup pendekkan rutin malam dia, asalkan masih boleh zzz pada pukul 11 malam. Ini baru betul #SleepGoals!
Anggota kumpulan Blackpink ni memang tak main-main bab tidur. Dia siap sanggup menolak sebarang undangan makan malam atau aktiviti lain kalau ia mengganggu jadual rehat yang dah dia setkan. Baginya, masa untuk berehat adalah sangat penting, especially lepas penat dengan macam-macam kerja. Kitorang faham sangat, penat lelah kerja tu memang kena bayar balik dengan tidur berkualiti!
Tapi, yang paling win sekali adalah helah Jisoo nak tinggalkan majlis atau event yang dia hadiri. Katanya, dia tidak membawa beg tangan ke majlis makan malam, sebaliknya tinggalkan je dalam kereta. Fuh, smart gila! "Jika ada undangan yang mengganggu waktu rehat, saya akan tolak. Saya perlu ada masa untuk diri sendiri bermula pukul 11 malam. Saya perlu meluangkan waktu itu bersendirian," ujarnya lagi. Memang dia dah siap plan awal nak curi masa untuk diri sendiri.
Siapa lagi yang team Jisoo, pukul 11 malam wajib masuk tidur? Komen sikit!
