MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Noraniza Idris Dengan EMYALY: Batik Terengganu Kena Gaya Moden, Memang ‘Next Level’!

Penyanyi etnik kreatif kesayangan ramai, Noraniza Idris, atau lebih mesra disapa Queen of Ethnic Pop, memang tak pernah penat memartabatkan warisan Melayu kita. Kalau sebelum ni dengan lagu, kali ini beliau melangkah ke dunia fesyen, berkolaborasi dengan jenama tempatan, EMYALY, untuk memperkenalkan pesona batik Terengganu dengan sentuhan yang lebih moden.

Koleksi yang diberi nama EMYALY x Noraniza Idris ini bukan biasa-biasa. Ia menggabungkan elemen tradisional dan moden yang diterjemahkan dalam empat rekaan eksklusif. Tema yang diangkat pun nampak grand: Warisan, Seni dan Kemewahan. Bukan untuk perempuan je, koleksi ni turut ada busana untuk lelaki, sekali gus memberi nafas baru kepada pakaian berinspirasikan warisan Melayu kita.

Antara rekaan yang paling menarik perhatian adalah “Salam Kaut” — dengar nama pun dah teringat raya, kan? Ini adalah busana klasik yang disuntik dengan sentuhan batik asli dan perincian poket di hadapan. Harganya? RM489. Untuk jejaka yang nak nampak stylo tapi tak hilang identiti, ada juga koleksi “Batik Lelaki” yang datang dengan potongan moden tapi masih mengekalkan konsep klasik, longgar dan baggy. Harganya berbeza ikut saiz, dari RM280 hingga RM320.

Bagi peminat gaya yang santai tapi tetap nampak elegan, “Dikir Puteri” tampil dengan padanan baju dan seluar palazzo yang selesa, dijual pada harga RM480. Dan jangan lupa, ada juga “Hati Kama” iaitu kardigan batik yang sangat versatil, boleh digayakan untuk pelbagai majlis, dengan harga RM299. Nampak sangatlah ini koleksi yang fikirkan semua orang, dari formal ke kasual.

Yang paling penting, EMYALY memang serius dalam pemilihan batik. Mereka tekankan penggunaan batik asli buatan tangan, khasnya batik Terengganu yang memang terkenal dengan kehalusan seni, kekayaan motif, dan mutu pengerjaannya. Jenama ini turut menegaskan bahawa bagi mereka, batik ialah craftsmanship, warisan dan jiwa. Fuh, mendalam tu!

EMYALY juga berjanji untuk terus memartabatkan seni batik tempatan dengan rekaan yang lebih segar, eksklusif, dan relevan dengan gaya hidup zaman sekarang. Filosofi mereka, Where Heritage Becomes Couture, memang kena sangatlah dengan usaha mereka nak jadikan batik ni bukan sekadar pakaian biasa, tapi satu karya seni yang dihargai.

Jadi, siapa kata batik tak boleh jadi fesyen 'on point'? Nampak gayanya Noraniza Idris dan EMYALY memang dah tunjuk jalan!

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video