Nad Zainal: Populariti Tu Datang Pergi, Bakat & Disiplin Baru King!

Pelakon Nad Zainal ada pesanan padu untuk semua anak seni. Katanya, populariti memang boleh naikkan nama sekelip mata, tapi kalau nak tahan lama dalam industri, bakat dan disiplin tu yang terpaling penting!
Ketika ditemu bual di Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) baru-baru ini, Nad Zainal atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, cakap pengiktirafan dan perhatian peminat je tak cukup kalau etika kerja ke laut, lagi-lagi masa kat set penggambaran. Populariti tu boleh hilang bila-bila masa, macam tiup debu je, tapi bakat yang disokong disiplin tinggi tu lah yang akan buat kerjaya kita terus ‘hidup’.
“Yang penting, kita sebagai pelakon kena tahu disiplin di set penggambaran. Jangan sampai populariti itu mengheret kita ke bawah sebab populariti boleh hilang begitu sahaja, tetapi bakat yang membuatkan kita kekal selamanya,” tegas Nad Zainal. Nasihat yang macam kena sindir halus je kan, untuk yang baru nak up tu?
Dia pun tak nak pukul rata bila ada yang cakap pelakon baharu ni asyik kejar populariti sampai lupa nak timba ilmu lakonan. Yalah, Nad percaya ramai je bakat muda yang memang dah ada kebolehan semula jadi. Dia siap bagi contoh diri sendiri dengan suami dia, Ungku Ismail. Ungku takde pun pergi kelas lakonan macam dia, tapi berbakat gila, macam kawan-kawan lain yang tak pernah sekolah lakonan pun sama!
Tapi Nad Zainal tak nafikan, populariti dan sokongan peminat tetap penting. Biasalah, siapa tak suka fans support, kan? Cuma, kepuasan hakiki bagi seorang pelakon tu bila bakat diorang diiktiraf oleh juri profesional. Fuh, power!
“Saya pernah menang kategori popular, jadi saya tak nak menidakkan kepentingannya. Tetapi alangkah seronok jika bakat dinilai oleh juri profesional. Peminat penting, tetapi ini (penilaian profesional) yang diidamkan oleh setiap pelakon,” katanya. Nad sendiri pernah menang Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 dan trofi Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.
Nad Zainal turut tercalon buat julung kalinya, selepas hampir dua dekad berlakon, dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik kat Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM 35) menerusi filem Denu. Dahsyat weh! Bukti bakat tu memang tak pernah tipu. Agak-agak ada can tak Nad Zainal nak bawa balik trofi kali ni?
