MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Mila Jirin Dah Sedia Mental Fizikal Untuk GV, Bukanlah Dia 'Duduk Dalam Gua' Tak Tahu Dunia Luar!

Penyanyi Mila Jirin mengakui zaman dia menyertai program Akademi Fantasia (AF) dulu memang berbeza sangat. Dulu, program AF langsung terputus dengan sebarang komunikasi, jadi dia tak tahu apa orang cakap di luar sana. Tapi sekarang ni, kecaman atau kritikan semua on display, terbuka luas di sosial media.

Namun begitu, Mila takde lah pelik sangat dengan perubahan ni. Yelah, Mila kan aktif di media sosial, so dia tahu game dia macam mana. Katanya, Saya pun memang tidaklah duduk dalam gua kan? Kita pun aktif di media sosial. Jadi, takde hal lah kan? Dah masak sangat dengan dunia digital ni.

Untuk Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang bakal 'membara' pada 8 November nanti, Mila akui dia cuma perlu siapkan mental dan fizikal. Bagi dia, part mental tu super penting bila nak bertanding, Dia akan cuba sehabis baik untuk tak layan sangat benda negatif yang boleh jatuhkan semangat, tapi pada masa sama, dia tetap melihat teguran sebagai input yang boleh tolong dia jadi lebih baik. Positive thinking is the key, sis!

Mila bukan jenis yang dah "lali" dengan kecaman, tapi dia pilih untuk take it easy dan tak suka berbalas balik. Apa jugalah kontroversi ataupun kata-kata yang tidak sedap didengar pada saya, I let go je, katanya. Betul lah tu, kalau layan semua haters sampai bila pun tak habis, kan? Dia mengaku dia seorang yang easy going dan sangat positif. Fuh, mentaliti juara ni!

GV13 ni akan bersiaran selama 11 minggu, setiap Ahad pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104). Nak stream? Boleh tengok kat aplikasi Astro GO dan Sooka. Ada jugak segmen di balik tabir, temu bual, dan permainan dengan para peserta setiap minggu sebelum show utama bermula. Lepas show utama, ada pula wawancara dan soal jawab bersama peserta dan juri GV13. Full package lah kiranya!

So, agak-agak Mila Jirin boleh flex dia punya positif vibes ni masa live nanti?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video