Lee Ji Hye Dedah Alasan Pakai Bikini Di Sidang Media: Semua Sebab Ketiak!

Sebuah video lama yang memaparkan penyanyi Lee Ji Hye tampil berani dengan hanya berbikini dalam sesi sidang media sekitar 20 tahun lalu, kini kembali menjadi bualan hangat. Walaupun tindakan itu mengejutkan ramai, Lee, yang kini berusia 46 tahun, menegaskan dia mempunyai alasan tersendiri mendedahkan sebahagian bentuk badannya kepada umum di majlis itu.
Kata Lee, tindakan tersebut dibuat kerana mahu membuktikan dia tidak pernah melakukan pembedahan membesarkan payudara seperti dakwaan segelintir pihak pada waktu itu. Menurutnya, kaedah pembedahan payudara pada 20 tahun lalu melibatkan hirisan di bahagian ketiak. Jika ada parut, bermakna pernah jalani pembedahan, dan jika tiada, bermakna tidak.
“Jadi, saya dengan yakin menunjukkan kedua-dua belah ketiak untuk membuktikan bahawa saya tidak pernah menjalani pembedahan,” tegasnya. Dia menjelaskan perkara itu dalam satu temu bual, sekali gus menepis segala dakwaan terhadap dirinya sebelum ini. Lee juga memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk jurugambar dan wartawan yang hadir merakam gambarnya. Memang lain macam strategi PR zaman dulu!
