MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Kena 'call out'? Bekas kawan sekolah Taylor Swift dakwa penyanyi itu sebenarnya pembuli

Bayangkan tengah syok layan vibe Taylor Swift, tiba-tiba muncul dakwaan yang dia sebenarnya 'queen bee' yang suka buli orang. Kali ini, Taylor Swift didakwa bukan mangsa, tapi individu popular yang gemar meminggirkan pelajar lain masa zaman sekolah dulu.

Chanice Skinner, bekas rakan sekelas Taylor di Wyomissing Area Junior/Senior High, Pennsylvania, mendakwa Taylor sentiasa berada dalam kelompok pelajar popular. Menurut Skinner, kalau korang bukan dalam geng dia, korang macam tak wujud langsung di mata Taylor.

Skinner juga mengaku dia terkejut gila bila tengok iklan Taylor pada 2010 yang cerita pasal pengalaman jadi mangsa buli. Bagi dia, dakwaan itu sangat pelik sebab pada penglihatannya, Taylor sebenarnya salah seorang pembuli itu sendiri.

Bukan itu sahaja, ada seorang eksekutif industri muzik yang enggan dikenali turut mendakwa perangai macam itu masih ada walaupun Taylor sudah popular. Individu tersebut siap menyamakan Taylor dengan watak Regina George dalam filem Mean Girls yang terkenal dengan sikap manipulatif dan suka membuli orang lain.

Dakwaan ini dilaporkan oleh Vanity Fair dan belum disahkan.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.