MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Hans Isaac dah bertunang dengan Francisca Luhong! Ini kisah pertunangan mereka di Perancis

Pelakon dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, mengesahkan bahawa dia bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasih hati, Francisca Luhong, yang juga merupakan bekas Miss Universe Malaysia, pada Jun tahun depan.

Hans berkongsi berita gembira itu dengan mendedahkan bahawa dia dan Francisca telah bertunang beberapa minggu lalu di Perancis. Hans berkata, pada mulanya dia ke sana untuk urusan kerja, dan Francisca sendiri tak tahu pun hasrat sebenar Hans nak bawa dia ke sana. Senang cerita, Hans cuma suruh Francisca sediakan pasport untuk menemaninya bekerja. Kira surprise gila lah ni!

Untuk majlis kahwin pula, Hans memaklumkan perancangan setakat ini adalah pada pertengahan tahun depan. Mereka akan adakan dua buah majlis, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kuching, Sarawak, kerana Francisca mempunyai ramai keluarga di sana. Sebelum tu, ada juga proses agama yang perlu diselesaikan, termasuk menghadiri beberapa kursus perkahwinan.

Hans meluahkan rasa teruja dan gembira kerana akhirnya bertemu dengan cinta hatinya. Dia berkata demikian ketika ditemui selepas program Meletop di Astro Bukit Jalil, pada malam Selasa, 17 November.

Bercakap mengenai tunangnya, Hans mula jatuh cinta dengan keperibadian Francisca yang mudah mesra dan pandai membawa diri ketika bersama keluarga dan rakan-rakan baiknya. “Sebenarnya tiada orang tahu yang kami sudah lama berkawan, sudah tujuh tahun mengenali dia,” katanya. Hans menjelaskan hubungan mereka berlaku secara ‘natural’ sebelum dia memulakan langkah ke fasa seterusnya.

Paling penting bagi Hans, Francisca boleh bergaul dan lepak dengan kawan-kawannya, dan pandai membawa diri ke majlis rasmi. Yang paling menyentuh hati, Francisca juga sudah rapat dengan keluarga Hans. Kata Hans, inilah yang paling penting baginya – teman hidup yang boleh bergaul dan menyayangi keluarganya.

Keputusan untuk mengahwini Francisca disifatkan oleh Hans sebagai keputusan terbaik yang pernah dibuatnya. Memang Hans Isaac dah jumpa bidadari dia, kan? Semoga dipermudahkan segala urusan sampai hari bahagia!

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video