MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Intan Najuwa belum habis belajar undang-undang, tunggu 'sel otak' berhubung balik

Datin Intan Najuwa baru-baru ini mendedahkan yang dia sebenarnya belum habiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB). Pengajian itu terpaksa ditangguhkan selepas dia hamil anak sulungnya, Lunara.

"Ada orang tanya saya dah habis belajar ke. Tak habis guys. Bukan senang ya," katanya sambil menjelaskan situasi dia yang terhenti di separuh jalan. Niat asalnya cuma nak berehat sekejap, tapi sekali jadi 'double' bila Laudya pula lahir.

Sambil berseloroh, Intan kata dia akan sambung semula belajar bila keadaan sudah mengizinkan nanti. Cuma syaratnya, dia kena tunggu "sel-sel otak berhubung kembali" sebelum masuk kelas semula.

Untuk rekod, Intan berkahwin dengan Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023 dan mempunyai dua cahaya mata perempuan, Lunara yang lahir pada Disember 2024 dan Laudya pada 2026.

Korang rasa kalau dah lama break belajar ni, senang ke nak recall balik semua benda?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.