Amira Othman kongsi pesanan sayu buat anak

Pelakon Amira Othman menitipkan kata-kata istimewa buat keluarganya, terutamanya untuk anak lelaki mereka, Muhammad Jarir Umar.
Dalam perkongsian di Threads, Amira pesan supaya anaknya tetap yakin dengan janji Tuhan walaupun terpaksa hadapi cabaran dalam hidup. Dia tulis, “Andai nanti perjalanan tak semudah itu, tetap yakinlah duhai kasih akan janji-Nya, redhaku, doaku, kan terus mengiringi dan memayungimu.”
Bukan itu saja, dia juga tegaskan yang dia akan sentiasa ada dengan kasih sayang dan reda tak kira apa pun yang terjadi. Untuk melengkapkan hantaran tersebut, Amira turut sertakan beberapa keping foto bersama suami dan anaknya.
Sebagai info, Amira berkahwin dengan pelakon Fattah Amin pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Jarir Umar.
Korang rasa siapa lagi 'soft' macam Amira kalau bab anak-anak ni?
