Hari Jadi Fatima Ke Enam Tahun, Tapi Mommy Fazura Pula Ada Luahan Sayu

Sebelum bulan Oktober melabuhkan tirai, kita dikejutkan dengan perkongsian heartwarming dari pelakon kesayangan ramai, Nur Fazura. Dia sempat memuat naik semula momen-momen istimewa sambutan hari jadi anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, yang kini dah berusia enam tahun.
Menerusi akaun Threads miliknya, Fazura kongsi beberapa keping foto dari majlis sambutan tertutup yang diatur khas untuk si comel Fatima. Nampak meriah sungguh majlis tu, siap ada kawan-kawan dan guru sekolah Fatima hadir sekali. Mesti Fatima excited gila dapat sambut dengan kengkawan dia kan? “Sebelum oktober berakhir, ini beberapa memori untuk disimpan iaitu sambutan hari jadi tertutup Fatima yang ke enam tahun yang disambut dengan rakan-rakan, guru sekolah diikuti dengan kejutan menyentuh hati daripada papa Faiz dan mama Nor Asmah serta sepupu kesayangan di rumah,” tulis Fazura, mengiringi posting tersebut. Aww, surprise dari papa Faiz dan mama Nor Asmah tu mesti buat hati Fatima kembang setaman!
Tapi di sebalik kemeriahan tu, ada sedikit rasa hiba menyelubungi hati Fazura. Pelakon drama filem Pisau Cukur ni turut meluahkan rasa terkilan dan memohon maaf pada Fatima. Kenapa pulak? Rupanya, Fazura tak dapat nak join majlis hari jadi anak dia sendiri sebab keadaan kesihatannya yang kurang sihat. Aduhai, mesti rasa sedih sangat kan bila mommy tak dapat nak ada di sisi anak masa hari penting macam tu. Kita pun yang membaca ni rasa tersentuh!
Dalam perkongsian itu, Fazura turut menegaskan bahawa Fatima amat disayangi oleh keluarga, rakan-rakan dan netizen di mana-mana sahaja.
Dalam pada itu, Fazura sempat juga menitipkan pesanan manis buat permata hatinya. Dia berharap agar Fatima sentiasa jadi anak yang bersyukur dan baik hati. “Tetaplah bersyukur, sweet dan jadi orang yang baik, anak kesayanganku. Ibu cinta awak lebih dari yang awak tahu. Permata saya Nur fatima Aisya,” luahnya penuh kasih sayang. Pesanan yang ringkas tapi penuh makna, memang melting habis baca ucapan seorang ibu untuk anak dia. Semoga Fatima membesar jadi anak yang solehah dan berjaya, setabah dan sekuat mommy dia!
