Gempakkan Kampus 'Gegar' UniKL MICET, Bawa Dayang Nurfaizah & Selebriti Misteri!

Fuh, memang tak bagi can langsung! Selepas menggegarkan Universiti Putra Malaysia (UPM), program Gempakkan Kampus diteruskan lagi. Kali ini, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) pula yang kena 'gegar' dengan program padu ni. Program ini dijadualkan berlangsung pada 12 November di Dewan Lestari, UniKL MICET, dari pukul sembilan pagi hingga enam petang.
Program ini menggabungkan hiburan yang memang bikin terhibur sampai nak tercabut kepala, dengan sesi perkongsian ilmu yang memang bermanfaat gila untuk bekal masa depan mahasiswa. Di UPM sebelum ini, ada bual bicara pasal kerjaya, tips pengurusan kewangan, dan paling penting sekali, pasal kesihatan mental. Sesi tentang kesihatan mental pula membincangkan cara menguruskan tekanan bersama Amirul Ramli dan Qawiyaro.
Untuk UniKL MICET pula, disediakan pelbagai aktiviti menarik khas untuk warga kampus. Mahasiswa dapat menonton rakaman program Borak Dulu Baru Kamu bersama Mierul Aiman, serta sesi Gempak Jammed Session yang menampilkan dua nama besar dalam industri muzik kita, Dayang Nurfaizah dan Iman Troye.
Peluang keemasan pun ada untuk korang yang rasa ada bakat terpendam nak jadi pengacara. Sesi uji bakat dibuka untuk mahasiswa yang nak cuba nasib dalam dunia hiburan. Siapa tahu, lepas ni terus jadi next top host Malaysia, muncul kat TV setiap minggu, kan? Dari kampus terus ke pentas hiburan, siapa sangka!
Tapi, paling buat kita semua teruja gila sampai tak senang duduk, akan ada kemunculan selebriti misteri yang bakal diumumkan kelak! Weh, seriuslah? Program dah lah meriah, tiba-tiba ada selebriti rahsia pula datang? Siapa agaknya yang bakal muncul buat kejutan tu? Kita tak sabar nak tahu siapa gerangan selebriti yang dimaksudkan!
So, UniKL MICET punya student memang untung betul dapat program macam ni. Pengumuman selanjutnya mengenai selebriti misteri dijangka menerusi platform rasmi.
