MAD MalaysiaMAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Arfie Shah Akui Tak Cukup Lengkap, Kagum Sampai Jadikan Zarif Ghazzi & Amir Ahnaf Inspirasi!

via Instagram @arfie_shah

Pelakon Arfie Shah, 33, secara jujurnya mengaku dia rasa tumpang gembira melihat perkembangan positif rakan-rakan seperjuangan yang semakin menyerlah dalam industri seni. Baginya, kejayaan pelakon generasi baharu seperti Zarif Ghazzi dan Amir Ahnaf bukan sahaja tidak mencabar, malah menjadi pembakar semangat untuk terus mengasah bakat dan memperbaiki mutu lakonannya.

Arfie tanpa berselindung memberitahu, dia sangat mengagumi bakat pendatang baru yang hebat-hebat ini, khususnya Zarif Ghazzi. Dia juga baru-baru ini menonton lakonan Amir Ahnaf dalam filem Baga dan sangat memuji persembahan Amir serta pelakon lain dalam naskhah tersebut. Kata Arfie, mereka semua memang memberikan inspirasi kepadanya dan dia berharap suatu hari nanti dapat menjadi seperti mereka.

Katanya, “Saya bukan pelakon yang serba lengkap, tidak tinggi dan tidaklah terlalu kacak. Jadi, setiap hari saya akan cuba memperbaiki diri dan bekerja keras untuk memberikan yang terbaik.”

Arfie ditemui pada malam gala tayangan filem Kacau di TGV KLCC baru-baru ini. Mengulas lanjut, Arfie percaya setiap individu ada perjalanan dan rezeki tersendiri. Sebab itulah, dia tak mahu terlalu membandingkan pencapaian dirinya dengan orang lain. Dia sentiasa mendoakan kejayaan rakan-rakan dan percaya setiap perkara sudah ditentukan oleh Allah SWT mengikut ketentuan dan masa yang tepat.

“Saya juga percaya dengan rezeki. Sampai masa, jika Allah kata sudah tiba waktunya, maka tibalah. Kejayaan mereka semua saya doakan akan terus mekar,” ujarnya. Arfie turut yakin tuah setiap orang sudah ditetapkan dan rezeki kita sebagai manusia sudah diatur dengan begitu indah oleh Allah. Betul juga kan, rezeki masing-masing, tak perlu nak overthink!

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video