Gempak! Carmelle Dari Filipina Pilih Aina Abdul Untuk Kolaborasi!

Carmelle menyorot perhatian peminat Aina Abdul bila dia meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan Aina jika diberi peluang. Walaupun terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi, Aina Abdul jadi pilihan utama Carmelle sebab kagum gila dengan kehebatan vokal serta lagu 'Bluest Sky' Aina.
Kata Carmelle, "Saya terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, tetapi jika saya perlu memilih seorang, saya akan memilih Cik Aina Abdul. Ini kerana anda sangat hebat, terutamanya lagu 'Bluest Sky' anda." Dia menambah, kerana dirinya pun turut menyanyikan lagu berentak balada, dia sangat teruja kalau kolaborasi itu boleh jadi kenyataan.
Sebelum ni pun, Carmelle dah curi tumpuan netizen bila bagi reaksi positif dekat persembahan vokal Aina Abdul. Melalui potongan video yang dikongsikan di Threads, Carmelle terang-terangan memuji suara Aina masa dengar lagu 'Bluest Sky'. Memang terus tarik perhatian peminat muzik tempatan lah kan.
Sebagai info, Aina Abdul dijadualkan berentap di pentas Eurovision Asia pada 14 November 2026 ini di Bangkok, Thailand. Moga Aina dapat harukan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa nanti! Jadi, kalau kolaborasi Carmelle-Aina ni jadi, mesti letop habis, kan?
