MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Falsafah Ikhlas Cik B: Tak Takut Kebaikan Diambil Kesempatan

Kalaulah semua orang boleh berfikir macam Cik B ni kan? Patutlah Cik B chill je bila ada orang tanya sama ada dia takut kebaikannya akan dipergunakan oleh orang sekeliling.

Melalui hantarannya di Threads, Cik B dengan tenang menyatakan yang dia ikhlas berkawan dan tak pernah risau pasal perkara macam tu. Fuh, padu betul jawapan dia!

Cik B sempat berkongsi, "Ramai tanya Cik B takut tak orang gunakan Cik B. Tak. Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya. Kalau dihargai, syukur. Kalau tidak pun tak mengapa." Ha, dengar tu! Kalau dapat hargai, baguslah. Kalau tak, Cik B okey je. Sikap 'no biggie' macam ni memang susah nak jumpa.

Bukan cakap kosong tau, baru-baru ini Cik B sempat tarik perhatian ramai bila dia buat kejutan istimewa untuk Viviana, bintang dari Talk to My Manager (TTMM2). Sempena hari lahir Viviana, Cik B hadiahkan sebuah iPad. Nampak sangat keikhlasan dan kemurahan hati Cik B tu kan?

Memang steady betul cara Cik B tangani isu persahabatan ni. Tak semua orang boleh senang-senang lepaskan macam tu je kalau kebaikan dia tak dihargai. Korang rasa, relevan lagi ke falsafah persahabatan ikhlas Cik B ni dalam dunia sekarang?

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video