MAD MalaysiaMuzik, selebriti dan budaya pop
Hiburan

Anak Nora Danish dah bagi ‘green light’ mak kahwin lain

via Instagram @noradanish._

Pelakon jelita Nora Danish akui anak sulungnya, Putra Rayqal, dah bagi "lampu hijau" atau restu kalau dia nak kahwin lagi. Nora bercerai pada 19 Jun 2024. Anak bujang berumur 17 tahun tu siap cakap, dia tak nak tengok mak dia hidup sunyi sorang-sorang nanti. Awww, sweet kan?

Nora, yang berusia 44 tahun, berkata Rayqal faham yang nanti bila dia dah besar, dia pun akan ada hidup sendiri. Menurut Nora, Rayqal berpendapat dia patut berkahwin lagi kerana tidak mahu ibunya sunyi.

Nora sendiri pun tak pernah tutup pintu hati, cuma dia serahkan semua soal jodoh ni kat ketentuan Allah. Dia sentiasa berdoa minta dipertemukan dengan lelaki yang baik, yang boleh bimbing dia ke jalan yang diredai. Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis tahlil Allahyarham Tun Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, baru-baru ini.

Satu lagi, Nora kata anak-anak dia tak pernah campur urusan peribadi mummy, apatah lagi nak nilai mana-mana lelaki yang pernah dikaitkan dengan dia. Profesional sangat! Pasal jodoh dari industri hiburan pulak, Nora akui dia selalu anggap rakan selebriti sebagai "teman seperjuangan" je. Tapi, tak mustahil kalau Allah dah tentukan, siapa tahu kan?

Dah dapat green light dari anak, hati pun terbuka, tinggal tunggu jodoh je la ni! Semoga Nora dipertemukan dengan yang terbaik.

Dengan Maklumat Dari Sumber Awam, Wikipedia, YouTube, Instagram Dan TikTok.

Tonton berita ini dalam bentuk video