Aduh, Tak Sampai Seminit Ayat Kursi Dibuka, 'Penumpang' Zara Zya Tukar Lagu!

Mesti korang pun pernah rasa kan, bila tiba-tiba meremang bulu roma masa drive malam-malam? Ha, itulah yang berlaku pada Zara Zya.
Menerusi akaun Threads dia, Zara kongsi yang insiden tu terjadi sekitar pukul 7 malam. Dia tengah syok layan jem, tetiba rasa tak sedap hati, macam ada je entiti lain yang menumpang dalam kereta dia.
Waktu tu jam dah tunjuk 7.39 malam, memang waktu Maghrib la kan. Untuk hilangkan rasa takut dan tak nak layan sangat perasaan tu, aktres drama popular Love You Mr Arrogant ni pun pantas buka Ayat Kursi di telefonnya. Kononnya nak lindung diri, tapi lain pulak yang jadi!
Tak sampai seminit Ayat Kursi tu berkumandang, eh, tiba-tiba ‘dia’ tukar lagu lain sendiri! Cuba bayangkan, tengah-tengah dengar ayat suci, boom, terus jadi lagu lain. Bila Zara nak tukar balik ke Ayat Kursi, telefon dia pulak terus hang. Memang sah la ada sesuatu yang tak kena ni!
Tekaannya memang tepat. Bila Zara toleh ke belakang, dia memang nampak satu 'sosok lain' yang jadi 'penumpang' dalam kereta dia, tanpa diundang! Zara sempat berseloroh yang 'penumpang' itu sepatutnya duduk diam sahaja, bukan sibuk kacau orang. Hantu pun ada taste lagu sendiri ke? Atau dia tak suka Ayat Kursi?
Jadinya, Zara pun ambil kesempatan ni untuk ingatkan semua orang. Kalau tak ada urusan penting, elakkanlah keluar merayau-rayau masa waktu Maghrib. Kita tak tahu bila 'makhluk halus' ni nak 'menegur' kan. “Korang kalau waktu Maghrib, jangan duduk luar kalau tak penting tau,” pesan Zara.
Agak-agak, lepas ni Zara kena install ke aplikasi penghalau hantu dalam telefon dia? Ke kena drive waktu siang je?
